SASARAN Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mencapai jumlah pelaburan kumulatif sebanyak RM636 bilion menjelang tahun 2030 mampu membantu Malaysia menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook memaklumkan, IRDA turut menyasarkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) antara 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun 2030.
Selain itu, bagi tempoh sama, sasaran KDNK per kapita pula mencecah RM58,800.
Perdana Menteri berkata, usaha-usaha bagi mencapai sasaran itu merupakan strategi Iskandar Malaysia bagi memastikan Malaysia mencapai tangga ke-12 teratas dunia dalam Daya Saing Global.
“Saya percaya sasaran pertumbuhan Iskandar Malaysia ini turut dipacu inisiatif-inisiatif yang telah saya umumkan seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas Forest City,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Negara berdukacita dengan tragedi nahas 2 helikopter TLDM – PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA ke-32 yang antara lain meneliti cadangan hala tujunya sebagai Pihak Berkuasa Koridor dan penyelarasan Pelan Pembangunan Komprehensif iii Iskandar Malaysia (CDPiii) 2022 -2030 di bawah agenda Ekonomi Madani.
Selain itu, beliau berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan inisiatif strategik untuk menambah baik Pusat Khidmat Pelaburan Iskandar Malaysia (IMISC) dan meningkatkan sosioekonomi melalui padanan pekerjaan yang saksama.
Menurut Perdana Menteri, perkara tersebut adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk menyusun semula landskap agensi penggalakan pelaburan negara yang dimulai dengan penyelarasan fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Anwar sebelum ini semasa peluncuran Ekonomi Madani berkata kerajaan menyasar untuk meningkatkan ekonomi negara sehingga menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022, dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar, mengutamakan ekonomi yang kompleks dan meningkatkan rantaian nilai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

