Dewan Rakyat belum terima notis, enam wakil rakyat sokong PM kekal MP

Dari Penulis

DEWAN Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, susulan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan baru-baru ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul berkata sehubungan itu kedudukan enam wakil rakyat berkenaan masih kekal sebagai Ahli Parlimen.

“Selagi ia tidak melibatkan Parlimen, saya tidak akan terlibat dan ambil pusing sebab itu isu politik, isu pentadbiran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), hinggalah mereka selesai masalah mereka dan akhirnya datang kepada saya untuk meminta pandangan atau keputusan, waktu itu saya akan buat.

“Sekarang ini tidak ada apa-apa berlaku lagi, notis apa pun tak terima, satu surat dan e-mel pun tak ada. Saya anggap tak ada apa-apa berlaku selagi benda itu tidak datang ke meja saya, itu hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada House Committee of The Legislative Council of The Hong Kong Special Administrative Region (LEGCO) di Bangunan Parlimen hari ini.

Baca artikel lain: Bersatu serah kepada Hamzah keluar notis pada 6 Ahli Parlimen

Pada 2 April lepas, media melaporkan ROS telah meluluskan permohonan pindaan Perlembagaan Bersatu yang membolehkan parti itu menggugurkan keahlian mereka dan seterusnya mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Enam ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman Labuan dan seorang ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari.

Johari berkata beliau juga tidak akan campur tangan isu berkaitan parti politik berkenaan.

“Harus diingat apa berlaku di luar Parlimen ini bukan bidang kuasa saya, sama ada satu parti nak ubah, tambah atau tukar perlembagaan parti, itu juga bukan masalah saya. Begitu juga apa terjadi kepada satu keanggotaan bukan masalah saya,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This