2 warga Colombia didakwa pecah rumah, curi barang milik ahli perniagaan RM7 juta

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DUA orang lelaki Amerika Latin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memecah rumah kediaman milik seorang ahli perniagaan tempatan dan mencuri barangan milik mangsa bernilai RM7 juta, pada hujung Mei lepas.

Bagaimanapun kedua-dua tertuduh warganegara Colombia itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa bersama-sama dengan yang masih bebas telah melakukan kesalahan pecah rumah kediaman milik seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun dan mencuri barangan milik mangsa bernilai RM7 juta.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Setia Murni 6, Bukit Damansara di Kuala Lumpur sekitar jam 10 malam pada 31 Mei lalu.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama lima tahun dan denda.

Sekiranya kesalahan yang dimaksudkan ialah untuk mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun manakala kesalahan kali kedua atau seterusnya, boleh dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf tidak menawarkan sebarang jumlah jaminan ke atas kedua-dua tertuduh memandangkan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dua lelaki Amerika Latin warga Colombia, Yeyson Andres Rocha Garzon,39, (baju putih) dan Julian David Serna Pena,22, (baju merah) yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah seorang ahli perniagaan melibatkan kerugian RM7 juta di Bukit Damansara pada mei lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan kepada mahkamah pihaknya telah mendapat arahan daripada anak-anak guamnya itu untuk menghantar representasi kepada mahkamah pada tarikh sebutan seterusnya.

Hakim Azrol Abdullah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh selain menetapkan 5 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Baca: Lapan ditahan pecah masuk rumah ahli perniagaan babit kerugian RM7 juta

Semalam, UtusanTV melaporkan seramai lapan suspek termasuk dua wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pengadu mendapati sebanyak 30 utas jam tangan mewah pelbagai jenama serta barangan kemas dan wang tunai bernilai RM20,000 telah hilang.

Polis berjaya merampas 29 utas jam tangan bernilai RM1.5 juta, 97 unit barang kemas bernilai RM2.5 juta dan wang tunai RM4,550.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan digesa tangguh TURAP, bimbang monopoli baharu pengambilan pekerja asing

TUJUH Ahli Parlimen kerajaan menggesa pelaksanaan Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) ditangguhkan. Penangguhan itu sehinggalah kerajaan memberi penjelasan menyeluruh kepada...

More Articles Like This