Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada ahli Parlimen

Dari Penulis

PERUNTUKAN yang diberikan kepada ahli Parlimen merupakan dana bagi pembangunan kawasan masing-masing dari segi insfrastruktur dan sosial.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan, peruntukan berkenaan terutama untuk wakil rakyat pembangkang bukan diberikan secara khusus kepada ahli Parlimen terbabit.

Jelasnya, ahli Parlimen cuma berperanan untuk menyelaras peruntukan berkenaan.

Berhubung peruntukan kepada pembangkang, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan, perkara tersebut sedang dimuktamadkan menerusi memorandum persefahaman (MoU).

“Peruntukan (Ahli Parlimen) pembangkang sebenarnya, peruntukan ini adalah peruntukan Perdana Menteri (Kerajaan Persekutuan).

“Peruntukan sebenarnya adalah untuk kawasan Parlimen, ia tidak ada dikatakan spesifik untuk Ahli Parlimen,” katanya seperti dilapor BH Online, hari ini.

Baca artikel lain: Dakwa peruntukan pembangkang dilencongkan, Wan Ahmad Fayhsal disiasat

Mei lalu, Fadillah dilaporkan berkata, draf MoU berkaitan penyaluran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang sedang dimuktamadkan, antara lain akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan dan memulihkan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat.

Sebaik sahaja draf itu siap, katanya, ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa peruntukan yang sepatutnya mereka terima sebagai wakil rakyat telah dilencongkan kepada parti politik yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Selain itu, beliau mendakwa tiada audit dilakukan oleh penerima peruntukan itu seperti yang dilaksanakan pentadbiran terdahulu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This