KPM siasat isu SJK terima sumbangan syarikat minuman keras

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung dakwaan sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK) di Sepang menerima sumbangan daripada syarikat minuman keras.

KPM dalam kenyataan hari ini menegaskan, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap isu tersebut.

Tegas KPM, semua pentadbir di institusi pendidikan diingatkan agar mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.

“Namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.

“Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,” jelas KPM.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sebuah sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lalu apabila didapati antara sumbangan tajaan adalah daripada sebuah syarikat arak.

Hadir sama pada program itu yang dirasmikan oleh Exco Selangor, Ng Suee Lim dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong adalah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Aiman Athirah Sabu.

Mengulas lanjut, KPM berkata, ia mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif sekolah milik masyarakat.

Namun, ia perlu dilaksanakan berdasar peraturan dan syarat yang ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, KPM sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda.

Katanya, pelbagai program kesedaran dan pendidikan pencegahan dianjurkan di sekolah bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tular video curi kabel di MRR2, polis giat buru empat individu

POLIS sedang mengesan empat individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan mencuri kabel di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2),...

More Articles Like This