Pendakwaan Muhyiddin: Kebenaran akan menang, kata Hamzah Zainudin 

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEBENARAN akan menang manakala kezaliman Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang cuba memperalatkan Akta Hasutan 1948 untuk menghalang pemimpin Perikatan Nasional (PN) daripada bercakap benar tidak akan berjaya.

Demikian kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin selepas mengiringi Muhyiddin di Kompleks Mahkamah Gua Musang pagi tadi.

Menurut Hamzah, ucapan Muhyiddin dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah fakta dan bukannya rekaan semata-mata.

Beliau mendakwa, kerajaan PH-BN seperti tidak senang apabila rakyat mengetahui hakikat yang telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Akta Hasutan yang mereka mahu hapuskan sebelum ini kini dijadikan alat bagi menjayakan pendakwaan politik ke atas pemimpin PN.

“Pada hari ini mahkamah telah menolak permohonan perintah larangan untuk bercakap (gag order) dan  juga menolak permohonan ikat jamin sebanyak RM20,000 oleh pendakwaraya terhadap Tan Sri Muhyiddin.

“Tahniah kepada barisan peguambela yang terdiri daripada Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin kerana telah melaksanakan tugas dengan cekap dan baik sekali,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan memgeluarkan perkataan menghasut semasa kempen PRK DUN Nenggiri 14 Ogos lalu.

Bekas Perdana Menteri itu memohon untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Bersatu dan PN berdiri teguh bersama Muhyiddin dalam menentang segala kezaliman.

Katanya, PN bertekad untuk menegakkan idealisme perjuangan demi masa depan Malaysia yang lebih baik dan adil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This