KSN akan sampaikan amanat sulung bertemakan ‘Reformasi Perkhidmatan Awam’ petang ini

Dari Penulis

KETUA Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dijadual menyampaikan amanat sulung dengan tema ‘Reformasi Perkhidmatan Awam’, petang ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan amanat khas itu akan disampaikan Shamsul Azri pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Tahun 2024 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri di Putrajaya, bermula jam 2.30 petang.

“Apakah yang dimaksudkan dengan reformasi perkhidmatan awam? Sokongan seluruh pegawai awam dalam merealisasikan hala tuju reformasi perkhidmatan awam amat dihargai,” menurut hantaran itu.

Baca artikel lain: MINDEF sokong usaha PBB kaji penggunaan AI untuk pasukan pengaman dalam operasi ketenteraan

Shamsul Azri adalah bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dilantik sebagai KSN ke-16 berkuat kuasa 12 Ogos 2024, menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lalu.

Pada 2 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan, berkata beliau mahu langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera dengan menjangkakan bulan ini adalah bulan pergerakan reformasi yang lebih pesat.

Anwar yang menyuarakan langkah segera itu pada majlis perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri berkata, reformasi perkhidmatan awam perlu dicapai dengan kaedah atau prosedur yang bersesuaian dengan peredaran zaman.

Sehubungan itu Anwar memaklumkan beliau akan berbincang dengan Shamsul Azri dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz tentang langkah yang perlu dilakukan bagi memperbaiki prestasi perkhidmatan awam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This