Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat 8,898 orang

Dari Penulis

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,898 orang setakat 8 pagi ini berbanding 8,066 orang 8 malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir yang melibatkan 2,871 keluarga kini ditempatkan di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 5,099 orang, diikuti Pendang dengan 1,487 orang, Kubang Pasu (1,382 orang), Pokok Sena (783 orang) dan Bandar Baharu 147 orang.

Sementara itu, Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan empat sungai di Kedah berada pada paras bahaya iaitu Sungai Bata di Kampung Bata di Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar.

Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan seramai 28 orang masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Kerian yang dibuka sejak Jumaat selepas kawasan Kampung Matang Tengah dinaiki air.

JPS memaklumkan Kolam Air Bukit Merah di Kerian kini berada pada tahap amaran dengan paras air setinggi 9.09 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hulu Perak dan Kuala Kangsar mengalami hujan dari pagi ini hingga malam nanti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This