Siasatan GISBH: Hukum pihak bersalah, hindari ketidakadilan – Pas

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PAS menyokong tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah dalam isu Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH mengikut undang-undang yang sesuai.

Antaranya, jelas beliau sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan keagamaan, mahupun isu-isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Begitupun, Takiyuddin berkata, Pas menggesa semua langkah diambil mestilah dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlakunya pengabaian hak, ketidakadilan, dwistandard atau tindakan yang berlebihan-lebihan.

Menurut Takiyuddin, keghairahan untuk menghukum mereka tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan.

Katanya, ia terutama sekali ahli-ahli GISBH yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat.

“Dalam hal ini, Pas percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak-pihak yang mahu menangguk di air keruh,” kata Takiyuddin dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Pas mengikuti rapat perkembangan siasatan terhadap GISBH berkait beberapa isu.

Katanya, ia termasuk fahaman salah dan eksploitasi kanak-kanak, yang antaranya melibatkan polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Untuk rekod, berdasarkan laporan, siasatan polis dibuat mengikut beberapa akta, termasuk Akta Kanak-Kanak 2001; Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017; Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; Kanun Keseksaan; dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dengan sejumlah 33 kertas siasatan difahamkan telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2.

Sumber polis juga melaporkan bahawa siasatan polis yang memasuki Fasa 4 diseluruh Semenanjung Malaysia semalam melibatkan serbuan di 82 premis lagi yang dikaitkan dengan GISBH dan hampir 200 mangsa dilaporkan diselamatkan manakala 155 suspek ditahan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, isu berkaitan doktrin dan fahaman kumpulan berkenaan akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang akan bersidang Selasa hingga Khamis depan.

Takiyuddin berkata, Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci dan profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISBH mengikut undang-undang yang sesuai, sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan keagamaan, mahupun isu-isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This