Kerajaan terus perhebat inisiatif memberdaya komuniti India – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN akan terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini.

Jaminan itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dinyatakan dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau menyatakan perkara itu selepas mengadakan pertemuan bersama pengurusan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan beberapa ahli Parlimen mewakili masyarakat India.

Beliau berkata, pertemuan itu diadakan bagi membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasa komuniti India.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif bagi memberdayakan komuniti India itu akan diperhebat khususnya menerusi MITRA.

Baca artikel lain: Kerajaan cadang pinda Akta Pengambilan Tanah pertahan aset kerajaan, kepentingan awam – PM

“Ini termasuklah menerusi peruntukan yang telah saya umumkan dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Justeru, Perdana Menteri memaklumkan telah mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk menyelaras dan memperbanyakkan program berkaitan.

Katanya, ia bagi memastikan peruntukan itu mencapai matlamat yang akan diselia Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan.

“Semoga iltizam kerajaan serta sokongan semua pihak khususnya daripada pimpinan masyarakat India akan terus memperkukuh MITRA dan merealisasikan hasrat untuk memartabatkan masyarakat India di negara ini,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This