KES seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK-UPNM) disyaki dibuli dan didera oleh seorang senior menggunakan seterika sedang disiasat.
Perkara itu disahkan oleh ATM dalam kenyataan malam tadi selepas mengambil maklum berkenaan laporan yang tular di media alternatif dan media sosial berkenaan insiden itu baru-baru ini.
Jelas ATM, kes Pegawai Kadet yang ditekap menggunakan seterika di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur ketika ini sedang dalam siasatan di peringkat ALK-UPNM.
“ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.
“Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” jelas kenyataan itu.
Mengulas lanjut, ATM turut menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada agensi itu untuk menyiasat perkara berkenaan secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.
ATM turu menyeru masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut.
“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” jelas ATM.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

