Tiada Parlimen baharu di Sabah, Sarawak sebelum PRU-16 – Fadillah

Dari Penulis

KAWASAN Parlimen baharu di Sabah dan Sarawak tidak dapat diwujudkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana isu penambahan kerusi di dua wilayah itu masih dalam perbincangan antara Peguam Negara, Peguam Besar Sarawak dan Sabah.

Katanya, penyerahan laporan perbincangan kepada Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hanya akan dilakukan pada suku pertama tahun depan.

“Kita sudah menyerahkan kepada ketiga-tiga peguam kerajaan untuk mengadakan perundingan mengenai tafsiran perundangan (berhubung penambahan kerusi) dan bagaimana hendak memuktamadkan kajian yang sudah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Memang tidak sempat dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang kerana banyak proses perlu dilalui seperti urusan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), mewartakannya dan membawa ke Parlimen untuk pindaan Perlembagaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Lan Berambeh Petra Jaya Takaful Masuk Kampung di Dewan Kampung Samariang Batu, hari ini.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962 dan MA63, wilayah Sarawak, Sabah dan Singapura mempunyai gabungan 35 peratus kerusi di Dewan Rakyat.

Baca artikel lain: Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik – Ahmad Zahid

Bagaimanapun, apabila Singapura meninggalkan Malaysia pada 1965, jumlah itu tidak diselaraskan.

Pada September 2022, Majlis Khas Putrajaya mengenai Perjanjian Malaysia bersetuju untuk menangani perkara ini.

Menurut Fadillah, jika penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak diluluskan, kerajaan kedua-dua negeri itu juga akan memuktamadkan penambahan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di wilayah masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This