JABATAN Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) menasihati masyarakat supaya tidak tergesa-tergesa membuat spekulasi berhubung tindakan sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sebaliknya, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dalam hantaran di Facebook meminta orang ramai menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
“Walau bagaimanapun, secara asasnya bagi mereka yang menziarahi tanah perkuburan perlu menjaga adab ketika berada di kawasan berkenaan.
“Kita juga tidak boleh melakukan sesuatu perkara atau amalan yang mendatangkan kekeliruan dan fitnah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Dalam hantaran sama, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan turut berkongsi adab menziarahi tanah perkuburan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Antara adab-adab menziarahi kubur yang dikongsikan itu termasuk berpakaian menutup aurat, digalakkan berada dalam keadaan berwuduk dan disunatkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati.
Selain itu, umat Islam sama ada petugas, waris atau orang yang berziarah disunatkan berdoa kepada si mati menghadap ke arah kiblat, digalakkan menyebut kebaikan si mati dan bukan keburukannya serta wanita dibolehkan menziarahi kubur, jika tidak mendatangkan fitnah.
Ahad lalu, JAWI telah diarahkan untuk membuat siasatan terperinci susulan tindakan sekumpulan individu didakwa melakukan aktiviti pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak, Kuala Lumpur.
Baca artikel lain: Aktiviti pelik di kubur: Pengurusan tanah perkuburan minta tunggu hasil siasatan
Aktiviti pelik di kubur: JAWI telah diarah buat siasatan terperinci
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menegaskan, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan pihak tertentu berhimpun di salah sebuah kubur dalam kawasan tanah perkuburan tersebut.
Pada masa sama, beliau turut mengalu-alukan mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat berkaitan kepada JAWI bagi membantu siasatan.
Polis turut mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung satu video tular memaparkan sekumpulan individu melakukan aktiviti pelik di sebuah tanah perkuburan di Setapak.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail memberitahu, laporan polis itu telah diterima pada pukul 10.05 pagi, Sabtu lalu.
Menurut Mohamad Lazim, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berdasarkan satu video tular sekumpulan individu sedang berzikir dalam keadaan pelik di sebuah tanah perkuburan.
Video berdurasi 23 saat tersebut tular dalam aplikasi X dan Facebook sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

