UNIVERSITI Malaya (UM) menutup serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui status halalnya.
UM dalam kenyataan memaklumkan, arahan penutupan tersebut dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan untuk mengesahkan dakwaan tersebut tidak diganggu.
Sehubungan itu, katanya, kedua-dua premis berkenaan akan ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Baca artikel lain: Duncan diumum Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya
“UM telah menutup secara serta-merta dua premis jualan runcit 24 jam berikutan dakwaan penemuan produk sandwic yang memaparkan label ‘sandwich ham & cheese’ serta keraguan terhadap penggunaan logo halal bagi produk tersebut yang didapati di gedung berkenaan.
“UM sentiasa memastikan bahawa produk yang terjual dalam kampus adalah daripada pembekal yang mematuhi undang-undang, piawaian, peraturan dan prosedur yang dikenakan,” katanya dalam kenyataan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

