PM Anwar junjung titah Agong, janji kek ekonomi diguna untuk pembangunan negara

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 (2025) hari ini.

Menurut Perdana Menteri, beliau dan seluruh jentera Kerajaan Madani akan memastikan kek ekonomi digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat.

Kata Perdana Menteri, ia termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.

“Titah Tuanku jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata.

“Tuanku dalam titah turut menyentuh kepentingan menggunapakai teknologi tinggi dan terkini dari aspek digitalisasi dan keselamatan siber, justeru patik percaya, ini akan membawa kepada revolusi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik apabila selesai dinaiktaraf sepenuhnya.

“Memanjatkan doa dan harapan semoga bumi bertuah Malaysia ini kekal aman makmur dan berdaya saing berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur melihat perkembangan ekonomi negara, termasuk prestasi ekonomi domestik dan pelaburan negara yang semakin bertambah baik.

“Nilai ringgit kembali kukuh dan kadar pengangguran kekal rendah. Pada tahun lalu, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencapai 5.9 peratus dalam pelbagai sektor dan jumlah perdagangan negara melepasi angka RM2 trilion untuk tempoh sembilan bulan pertama.

“Saya mengucapkan syabas kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan kerajaan atas prestasi ekonomi negara yang membanggakan ini serta berharap ia terus dipertingkatkan.

“Namun, kerajaan hendaklah menentukan supaya prestasi baik ini membawa nikmat kemakmuran kepada seluruh rakyat dan bukan hanya memberi keuntungan kepada kumpulan tertentu saja,” titah baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, baginda menggesa kerajaan terus membantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, selain mengambil tindakan proaktif bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi serta rantaian bekalan makanan.

Baginda bertitah, agenda memperkasa ekonomi Bumiputera mesti terus dilaksanakan melalui kerjasama dan sokongan rakyat.

“Kerajaan juga perlu terus komited memberikan peluang kepada setiap rakyat memiliki rumah kediaman yang mampu dibeli.

“Penyediaan infrastruktur asas, kemudahan kesihatan dan pendidikan hendaklah terus ditambah baik,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah, langkah kerajaan melaksanakan agenda reformasi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional serta pembangunan belia mampu melahirkan generasi masa depan yang lebih berkualiti.

“Saya turut menyokong usaha pengukuhan nilai keluarga dan kesejahteraan masyarakat,” titah baginda.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This