Kerajaan tak pernah sekat pemimpin luar adakan pertemuan dengan Mahathir

Dari Penulis

MANA-MANA pemimpin luar yang mengadakan lawatan ke negara ini tidak pernah disekat untuk bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan BH Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dakwaan yang dibuat Dr Mahathir itu tidak seharusnya dijadikan isu.

Menurut beliau, dakwaan tersebut tidak seharusnya dilayan.

“Jangan dilayan sangat, kalau (ada pemimpin luar) nak jumpa (Mahathir) apa masalahnya… kalau (ada) kawan dia nak jumpa (tiada masalah), (tapi) tak ada.

“Baru-baru ini pemimpin Thailand, Jepun, Indonesia, Turkiye (berkunjung ke Malaysia), tak ada minta nak jumpa (Mahathir) dan kalau nak jumpa, tak akan saya kata jangan, jumpalah, bukan nak rugi.

Baca artikel lain: Perdana Menteri menghadap Raja Bahrain, perteguh hubungan akrab kedua-dua negara

“Jangan dilayan, hari-hari dia buat dakwaan, (kata) dia mana ada duit, (tapi) anak dia RM1 bilion lebih, bukan pertuduhan, itu pengakuan dan saya tak tahu pula dia cari (duit tapi) tak jumpa bawah televisyen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi di Bahrain atas jemputan Putera Mahkota Sheikh Salman Hamad Al Khalifa.

Mahathir menerusi temubual dalam sebuah rancangan podcast mendakwa kerajaan pimpinan Anwar menghalang beberapa pemimpin asing daripada berjumpa dengannya.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa pemimpin disekat itu adalah rakan beliau sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This