MESIR akan memberi dukungan terhadap pelaksanaan program pembangunan insan dalam kalangan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara itu.
Sokongan itu dinyatakan Menteri Wakaf Mesir, Syeikh Dr Usamah As-Sayyid Ahmed Muhammad Al-Azhary ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memberitahu, program pembangunan insan dalam kalangan pelajar Malaysia itu selaras dengan usaha bagi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.
Menurut Perdana Menteri, beliau dan Syeikh Dr Usamah turut berkongsi pandangan mengenai usaha memperkukuh kerjasama Malaysia dan Mesir susulan pertemuannya dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, baru-baru ini.
Baca artikel lain: Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan – PM Anwar
Pada masa sama, Anwar berkata, Syeikh Dr Usamah turut menyatakan dukungan penuh terhadap konsep MADANI.
“Ia berkait rapat dengan asas peradaban Islam dan sejarahnya yang mengakar dalam wacana ilmiah dan siyasah Islam kontemporari.
“Beliau juga bersetuju untuk bekerjasama dalam penganjuran konvensyen dan seminar pengukuhan Malaysia MADANI dari perspektif peradaban Islam melibatkan para ulama, pemikir dan sarjana Islam semasa dari Mesir dan dunia Islam,” katanya dalam hantaran tersebut.
Anwar turut berharap hubungan erat Malaysia dan Mesir akan bertambah kukuh lagi selepas ini.
Katanya, ia termasuk menerusi peranan Universiti Al-Azhar dalam memperkasa peradaban Islam dan kecemerlangan watan pada masa akan datang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

