Penahanan pegawai: Ismail Sabri telah beri keterangan kepada SPRM, akan dipanggil semula

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun dipanggil bagi memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital selepas pengsan, minggu lalu.

Menurut laporan BH Online yang memetik sumber, Ahli Parlimen Bera itu telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti ketika mentadbir negara.

Laporan itu memberitahu, Ismail Sabri telah memberi keterangan selama lima jam selepas SPRM memperoleh maklumat baharu daripada hasil risikan yang dibuat.

Sumber itu berkata, hasil keterangan Ismail Sabri telah membawa kepada penahanan empat pegawai kanan beliau.

Bekas pegawai kanannya direman SPRM beberapa hari yang mana serbuan dan rampasan lebih RM100 juta wang tunai dilakukan di sebuah kediaman.

Baca artikel lain: Kes bekas pegawai Ismail Sabri: Lapan lagi saksi akan dipanggil

Pada masa sama, Ismail Sabri juga dikatakan akan dipanggil semula oleh SPRM bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

Sebelum ini, dua individu bergelar Datuk merupakan antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.

Penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

22 Februari lalu, Ismail Sabri dilaporkan telah dikejarkan ke hospital selepas didapati pengsan dan tidak sedarkan diri.

Perdana Menteri kesembilan itu dimasukkan ke Hospital Sunway Medical Centre, Kota Damansara pada pukul 2.30 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata – PM

MALAYSIA tidak boleh bergantung kepada sistem pendidikan semata-mata untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang benar-benar memenuhi tuntutan industri. Perdana...

More Articles Like This