Kes bekas pegawai Ismail Sabri: Lapan lagi saksi akan dipanggil

Dari Penulis

SERAMAI lapan lagi saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan susulan penahanan empat pegawai bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan kesemua lapan saksi itu akan dipanggil bermula minggu ini dan minggu hadapan.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas sama ada Ismail Sabri atau ada individu kenamaan lain yang akan dipanggil memberi keterangan.

Menurut beliau, pihaknya masih meneruskan siasatan dan tidak dapat menjangkakan tempoh siasatan tersebut akan dilengkapkan.

“Selain itu Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) sedang meneliti dokumen-dokumen yang dirampas.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya.

Sementara itu, sumber rapat dengan SPRM menyatakan ada kemungkinan bekas Perdana Menteri kesembilan itu akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

Baca artikel lain: Penahanan 4 pegawai Ismail Sabri: SPRM akan panggil beberapa individu termasuk kenamaan

Kata sumber, setakat ini, Ahli Parlimen Bera itu masih mendapatkan rawatan di hospital.

Tambah sumber, beliau akan dipanggil SPRM bergantung kepada tahap kesihatan semasa.

“Walaubagaimanapun, siasatan masih giat dijalankan dan beberapa aset serta duit wang tunai telah dijumpai di rumah bekas pegawai kanannya dan ia telah disita,” ujarnya.

Pada 18 Februari, tiga pegawai yang mempunyai kaitan dengan Ismail Sabri dibebaskan dengan jaminan, manakala seorang lagi pada Ahad.

Pada Selasa, dua individu bergelar Datuk merupakan antara empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.

Penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This