SPRM ambil keterangan doktor rawat Ismail Sabri

Dari Penulis

PEGAWAI penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah merakam percakapan pegawai perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Rakaman dibuat bagi mengetahui status kesihatan sebenar Ahli Parlimen Bera itu selepas dilaporkan kesihatannya tidak begitu baik sebelum ini.

Berita Harian melaporkan, percakapan itu dilakukan di sebuah hospital di Lembah Klang pada pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut didedahkan mengenai status kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Malam tadi, SPRM dilaporkan berkata, pihaknya mengambil kira keadaan kesihatan Ismail Sabri yang sebelum ini sudah menangguhkan beberapa siri pengambilan keterangan atas faktor masalah kesihatan.

Baca artikel lain: Pelajar tahfiz maut kemalangan usai solat tarawih

“Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat.

“SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu, selain untuk mengenal pasti penyakit dihadapi beliau ,” katanya.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini, tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana dikatakan masih tidak cergas dan diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu depan.

Ismail Sabri dilaporkan sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut susulan serbuan di tiga premis yang menemukan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominum didakwa sebagai ‘safehouse’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This