GOLONGAN wanita adalah simbol kekuatan dan ketabahan yang amat besar sumbangannya dalam membentuk keluarga, masyarakat dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sempena sambutan Hari Wanita hari ini, beliau berkata, semua pihak wajar meraikan sumbangan dan kejayaan besar golongan wanita dalam membangunkan masyarakat dan negara serta peranan wanita yang semakin berkembang dalam pelbagai bidang.
Katanya, dalam arena politik, penglibatan wanita sebagai ahli Parlimen telah menunjukkan peningkatan yang lebih baik dan menjadi langkah positif ke arah kepimpinan yang lebih inklusif.
“Tema sambutan Hari Wanita tahun ini iaitu “Wanita Beraspirasi Membina Legasi” merupakan simbolik penghargaan kepada wanita tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi atau politik.
“Ia merujuk kepada semangat wanita untuk mencapai impian dan mengangkat usaha wanita demi mencipta perubahan yang berkekalan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Mengulas lanjut, Fadillah berkata, dalam konteks sosial dan ekonomi, jurang pendapatan antara wanita dan lelaki, perlindungan sosial, hak kesihatan, serta hal-hal melibatkan keganasan terhadap wanita wajar diberikan perhatian oleh pihak berkuasa dan masyarakat secara berterusan.
Katanya, golongan wanita juga menjadi asas bagi ‘madrasah pertama’ dan menjadi sistem sokongan terhadap keluarga, masyarakat, dan negara.
“Justeru, kita harus mendukung apa jua dasar inklusif ke arah memperkasakan golongan hawa ini demi kesejahteraan dan kemajuan wanita Malaysia.
“Alhamdulillah dalam usaha memperkasakan lagi wanita, kerajaan Madani turut menyediakan pelbagai inisiatif menarik yang dizahirkan menerusi pembentangan Belanjawan 2025,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

