BEKAS Pengerusi PKR Johor, Hassan Abdul Karim mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Gudang yang dimenanginya sejak tahun 2018 pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti.
Memetik laporan BH Online, Hassan, 73, membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada pemimpin muda bagi meneruskan perjuangan PKR.
“Saya telah membuat pengumuman secara terbuka bahawa tidak bertanding dalam pemilihan PKR kali ini.
“Hari ini, saya mengulangi pengumuman bahawa saya juga tidak akan bertanding dalam PRU16 akan datang.
“Saya mengambil keputusan ini kerana faktor usia dan ingin membuka ruang kepada kepimpinan baharu yang lebih segar dan bertenaga,” katanya Ketika perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR Pasir Gudang, hari ini.
Hassan berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Gudang pada PRU-15 dalam pertembungan empat penjuru apabila memperoleh majoriti 31,558 undi.
Baca artikel lain: Adam Adli tanding kerusi MPP dalam Pemilihan PKR
Beliau menerima 71,233 undi sekali gus mengetepikan pencabarnya iaitu Mohamad Farid Abdul Razak mewakili Perikatan Nasional (PN); Noor Azleen Ambros (Barisan Nasional) dan calon Pejuang iaitu Mohammad Rafi Beran.
Hassan menguasai kerusi Parlimen Pasir Gudang daripada penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada PRU-14.
Sebelum itu, beliau turut pernah memenangi kerusi Parlimen Ledang pada 2013, Johor Bahru (2008), Pontian (2004) dan Tebrau (1999 dan 1986).
Terdahulu, dalam ucapannya Hassan turut menyentuh kedudukan PKR sebagai tunjang Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan serta cabaran dihadapi dalam mengekalkan imej parti sebagai pejuang reformasi.
“Imej PKR sebagai parti yang memperjuangkan reformasi sedikit terjejas kerana perlu bersekutu dengan parti yang mempunyai rekod rasuah dan salah guna kuasa.
“Ini satu cabaran besar untuk pemimpin dan anggota parti dalam menentukan hala tuju menjelang PRU16,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

