Warisan bakal bertanding solo pada PRN Sabah

Dari Penulis

PARTI Warisan akan bergerak secara solo bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah tanpa mengadakan kerjasama dengan pihak lain.

Perkara itu disahkan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Mohd Shafie, Warisan lebih selesa bertanding secara solo walaupun terdapat pelbagai spekulasi mengaitkan parti itu dengan pihak lain.

Ahli Parlimen Semporna itu turut menaruh keyakinan bahawa Warisan mampu mengulangi sejarah Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah memenangi pilihan raya bersendirian pada 1970-an hingga 1990-an.

Katanya, Warisan merupakan parti berbilang kaum dan mampu mencipta kejayaan.

“Kita nyatakan tidak pernah ada perbincangan atau keputusan bergabung dengan mana-mana parti.

Baca artikel lain: Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN

“Kita tawarkan keupayaan kita, mungkin kita tidak banyak duit, tapi kita pemimpin orang Sabah di sini, tidak kira bangsa, sama ada Kadazandusun Murut (KDM), Brunei, Kedayan, Bajau, semuanya di sini,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Masjid Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu, malam tadi.

Beliau yang juga ADUN Senallang, berkata jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRN17, Warisan mampu membawa Sabah ke arah yang lebih baik.

Sebelum ini, Warisan dilihat cenderung untuk bekerjasama dengan UMNO Sabah berikutan peranan kedua-dua parti itu dalam cubaan menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerusi ‘Langkah Kinabalu’ pada Januari 2023.

Warisan memenangi 23 kerusi, jumlah paling banyak mengikut parti ketika PRN16 pada September 2020, sebelum sebahagian wakil rakyatnya keluar parti menyebabkan kerusi disandangnya kini hanya berbaki 14 kerusi, kebanyakannya di kawasan pantai timur Sabah.

PRN17 boleh diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. DUN Sabah ke-16 akan tamat pada Oktober ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This