Jangan sebar fitnah, bohong tentang projek tebatan banjir – MB Kelantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Kelantan menyangkal dakwaan kononnya telah menyalahgunakan peruntukan yang diberi Kerajaan Persekutuan untuk projek tebatan banjir dengan diberikan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah dan bohong semata-mata.

Menurut Mohd Nassuruddin, projek tebatan banjir merupakan projek yang dikendalikan Kerajaan Persekutuan dengan segala butiran juga dilakukan Kerajaan Persekutuan.

“Dia kata kerajaan negeri menyalahgunakan iaitu dengan mengambil peruntukan ini diberi kepada ahli-ahli Parlimen, sebab itu projek tebatan banjir tak siap.

“Saya nak jelaskan ini fitnah, ini bohong (kerana) projek tebatan banjir itu projek Persekutuan. Bukan projek kita dan dari segi tawaran kepada kontraktor pun dibuat oleh kerajaan Persekutuan.

“Pembayaran kepada kontraktor juga dibuat kerajaan Persekutuan, tidak melalui kerajaan negeri. Jadi janganlah sebar benda bohong,” katanya.

Baca artikel lain: PM Anwar mahu projek tebatan banjir, basmi miskin tegar disegerakan

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik ke akaun Facebook, malam tadi.

Dalam hantaran sama, Mohd Nassuruddin berkata, beliau perlu tegas membetulkan fitnah jahat yang cuba dimainkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

“Naratif-naratif jahat begini yang cuba memburukkan imej pentadbiran kerajaan negeri.

“Moga di bulan Ramadan penuh barakah ini kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang mendapat keampunan,” katanya.

Terdahulu tular satu podcast yang disyaki seorang penjawat awam kononnya menerangkan khabar angin bahawa Perdana Menteri marah sebab duit tebatan banjir masuk kepada akaun kerajaan negeri dan diagihkan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang tidak mendapat peruntukan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This