BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil beberapa kali lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Sumber memberitahu, selepas Ismail Sabri bertemu pegawai penyiasat SPRM, esok kemungkinan akan ada lagi pertemuan susulan namun ia bergantung kepada keterangan yang akan diambil.
Katanya, beberapa perkara diperlukan SPRM berdasarkan keterangan yang akan diberikan Ahli Parlimen Bera itu, tetapi ia semuanya bergantung dengan tahap kesihatan pemimpin berkenaan.
“SPRM dijangka akan mengambil keterangan Ismail Sabri esok dan berkemungkinan akan membabitkan beberapa kali pertemuan.
“Ia bergantung kepada hasil temu bual bersama pegawai penyiasat esok,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Lantik Timbalan Speaker dalam kalangan pembangkang, elak berat sebelah – Pemuda Pas
SPRM masih menunggu tahap kesihatan Ismail Sabri pulih, di mana sebelum ini beliau mengemukakan cuti sakit yang berakhir hari ini.
Baru-baru ini, pegawai penyiasat turut bertemu dengan seorang doktor bergelar datuk yang merawat Ismail Sabri, di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya untuk mengetahui tahap kesihatannya.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, pemimpin itu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 10 pagi.
Sebelum ini, Azam mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, sebaliknya adalah seorang suspek dalam kes berkenaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

