Lelaki hidap HIV ditahan selepas cabul pengunjung bazar Ramadan

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan selepas tular aksinya mencabul beberapa pengunjung wanita di Bazar Ramadan Lurah Semantan, di Temerloh, semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, kejadian terbabit tular di media sosial selepas dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai @zackRazBundle.

“Setakat ini, pihak polis menerima laporan daripada tiga wanita berusia antara 23, 26 dan 27 tahun, masing-masing seorang peniaga, juruwang dan jurujual.

“Tiga wanita terbabit mendakwa telah dicabul suspek ketika berjalan untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar pada 6 dan 10 Mac lalu, ” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Jelasnya, suspek didapati secara kasar dan sengaja melanggar badan wanita sambil mengambil kesempatan menyentuh beberapa bahagian badan mangsa. 

“Suspek telah ditahan oleh orang awam sebelum anggota Balai Polis Temerloh pergi ke tempat kejadian dan menahan semula lelaki itu pada 5.30 petang semalam,” katanya.

Hasil siasatan mendapati suspek mengaku menghidap HIV sejak 13 tahun lalu.

Semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah serta dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KESUMA komited realisasi aspirasi TVET 2.0 melalui dana RM50 juta

KEMENTERIAN Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk merealisasikan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 menerusi peruntukan dana...

More Articles Like This