Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut

Dari Penulis

JABATAN Imigresen (JIM) dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata jabatan berkenaan sedang mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pendekatan kompaun kepada pendatang tanpa izin berbanding pendakwaan.

“Jadi ini alternatif yang kita ambil supaya mereka (pendatang tanpa izin) mendapat pilihan yang lebih manusiawi, mereka boleh balik (ke negara asal) untuk sambut Aidilfitri.

“Mereka bayar kompaun dan kita hantar balik. Jadi sekarang ini program semasa akan tamat pada 31 Mac, kita ke arah melanjutkannya,” katanya.

Baca artikel lain: Tuduhan lulus kewarganegaraan kepada rakyat China fitnah, perbuatan tidak bertanggungjawab – Saifuddin

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik di Kulim, malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata di bawah program itu, warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.

“Kalau mereka berada di sini, kalau pasukan penguat kuasa imigresen buat operasi, mereka ditangkap dan akan berakhir di depoh… masuk tanpa dokumen, salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa semuanya kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata tahun lepas, kerajaan berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM120 juta melalui Program Repatriasi Migran.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR bermesyuarat 12 Jun tentukan tarikh-tarikh penting

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada 12 Jun ini. Setiausahanya, Datuk...

More Articles Like This