Murahnya tiket AirAsia ke Darwin, syurga bagi pencinta alam. Pantai Mindil, Crocosaurus Cove dan Taman Negara Kakadu antara destinasi wajib pergi

Dari Penulis

Panjangkan langkah menjejaki bumi Darwin yang menjadi pintu masuk kepada syurga dunia buat pencinta alam. Teroka pemandangan semula jadi matahari terbenam yang memukau di Pantai Mindil, hidupan liar di Crocosaurus Cove dan keindahan Taman Negara Kakadu, serta tapak Warisan Dunia UNESCO berkembar yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya dan budaya Orang Asli.

Terbang terus dari Kuala Lumpur ke Darwin dengan tambang termasuk semua* sehala  bermula daripada RM299* menerusi pelancaran laluan baharu oleh AirAsia Malaysia

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) mengumumkan pengembangannya ke Australia dengan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Darwin, Australia. Pelancaran laluan ini memperkukuh komitmennya dalam mempertingkatkan kesalinghubungan antarabangsa dari Malaysia.

Bermula 27 Jun 2025, pengembara bakal mempunyai lebih banyak pilihan penerbangan dengan tambang berpatutan untuk menerokai Wilayah Utara Australia dengan empat penerbangan mingguan.

Datuk Captain Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata pihaknya berbesar hati melancarkan laluan ke Darwin di mana ia menawarkan lebih banyak peluang kepada pelancong dan perniagaan untuk menerokai salah satu destinasi paling meriah dan unik di Australia.

“Seiring dengan pertumbuhan populariti pelancongan pengembaraan, kami melihat Darwin sebagai destinasi yang mempunyai potensi bagi rakyat Malaysia dan pelancong di seluruh Asia Tenggara untuk mengalami perjalanan unik di luar destinasi pelancongan biasa. Dengan perkhidmatan Fly-Thru melalui Kuala Lumpur, Darwin kini lebih mudah diakses untuk pelancong dari pasaran utama dalam rangkaian kami, termasuk Thailand, India, Sri Lanka, Filipina, China, Kemboja, Korea Selatan dan banyak lagi.

“Komitmen kami untuk meningkatkan kesalinghubungan di pasaran utama seiring dengan matlamat untuk menawarkan pilihan perjalanan berpatutan dan menjadikan Asia lebih mudah diakses oleh semua. Kami amat menghargai sokongan daripada pihak kepentingan, termasuk kerajaan dan pihak berkuasa lapangan terbang dalam memperkukuh peluang pelancongan antara kedua-dua bandar ini. Kami berharap dapat mengembangkan kehadiran kami dan membawa perkhidmatan bertaraf dunia ke destinasi menarik di Australia ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Dalam masa yang sama, Menteri Perdagangan, Perniagaan dan Hubungan Asia, Robyn Cahill OAM menyifatkan laluan ini merupakan pencapaian penting oleh AirAsia untuk menghubungkan Darwin dengan ibu kota  Kuala Lumpur.

“Ini bukan sahaja akan meningkatkan kesalinghubungan dan kemampuan perjalanan udara bagi penduduk Wilayah Utara di sini, malah memudahkan pelaburan, lawatan dan urusan perniagaan di wilayah ini.

“AirAsia sentiasa diiktiraf sebagai salah satu syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, jadi keputusan mereka untuk beroperasi di Darwin berharap dapat memacu masa depan ekonomi kami yang cerah. Ketersambungan udara adalah keutamaan bagi Wilayah Utara dan kini kami akan memberi tumpuan untuk bekerjasama dengan semua rakan industri penerbangan bagi memastikan setiap penerbangan mencapai hasil komersial yang kukuh.

“Pelancaran laluan ini jelas membuktikan bahawa kami terbuka untuk peluang perniagaan dan berada dalam kedudukan yang baik untuk memajukan perdagangan, pelaburan dan perkongsian strategik di Asia Tenggara,” tambahnya.

Bagi meraikan pelancaran laluan ini, AirAsia menawarkan tambang promosi istimewa dengan penerbangan antara Kuala Lumpur dan Darwin bermula serendah RM299 termasuk semua* sehala, manakala penerbangan dari Darwin ke Kuala Lumpur bermula daripada AUD189* termasuk semua* sehala.

Semua penerbangan kini tersedia untuk tempahan mulai hari ini hingga 30 Mac 2025 bagi tempoh perjalanan antara 27 Jun dan 25 Oktober 2025. Tempah sekarang di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) terus mengembangkan kehadirannya di pasaran Australia. Sejak bulan Mac 2024, syarikat penerbangan ini mula terbang ke Australia buat pertama kali dengan laluan antara Kuala Lumpur dan Perth.

Laluan itu menyokong perkhidmatan syarikat penerbangan jarak sederhana, AirAsia X (kod penerbangan D7) yang turut mengendalikan laluan tersebut berikutan permintaan tinggi. Kumpulan AirAsia (Malaysia dan Indonesia) kini beroperasi di Perth dan Cairns, manakala AirAsia X terbang ke Melbourne, Sydney dan Perth.

Secara keseluruhannya, AirAsia terbang di empat bandar di Australia dan pembukaan laluan Darwin bermula 22 Mac 2025 dari Bali serta 27 Jun 2025 dari Kuala Lumpur, menjadikannya destinasi kelima di negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This