KAJIAN menyeluruh perlu dilakukan sekiranya mahu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara tersebut perlu diteliti dengan terperinci bagi mengelakkan sebarang perkara yang merugikan khususnya kepada negara.
“Sebahagian pihak berpendapat ia (jawatan perdana menteri) perlu dihadkan kerana jika terlampau lama masa (memerintah) akan membuka ruang kepada individu itu untuk mencengkam kuasa dan juga terbuka kepada peluang menyalahgunakan kuasa.
“Namun, jika seseorang itu adalah pemimpin yang baik, berkesan dan berwawasan, jika kita ‘matikan’ peluang dia untuk meneruskan wawasan itu, barangkali ia akan merugikan negara,” katanya seperti dilapor Bernama.
Baca artikel lain: Polis ambil keterangan warga emas tampar lelaki bukan Muslim
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Santunan Kasih kerajaan Perak bersama penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Tapah, hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Salbiah Mohamed.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cadangan mengehadkan tempoh jawatan disandangnya kepada maksimum 10 tahun adalah seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

