MALAYSIA mengambil perhatian serius dengan pelaksanaan Visa Masuk Berganda atau ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) untuk pekerja Bangladesh di negara ini.
MEV membolehkan pekerja sah pulang menziarahi keluarga di tanah air mereka dan kembali ke Malaysia tanpa perlu membuat permohonan visa baharu setiap kali perjalanan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia adalah simbol penghargaan Malaysia terhadap sumbangan besar warga Bangladesh.
“(Mereka) bukan sahaja menjadi tenaga penggerak di pelbagai sektor ekonomi, malah telah menjadi sebahagian daripada komuniti besar negara ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa dasar ini lahir daripada hasrat untuk memperkukuh kesejahteraan pekerja asing yang sah di Malaysia, tanpa mengira asal usul atau latar belakang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: SPRM reman 10 individu termasuk pegawai kanan ATM disyaki terbabit kegiatan menyeludup
Cadangan tersebut merupakan antara perkara yang menjadi perhatian utama Malaysia susulan daripada lawatan rasmi Ketua Penasihat Kerajaan Rakyat Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus.
Melalui lawatan tersebut lima Memorandum Persefahaman (MoU) dan pertukaran tiga Nota Persefahaman dicapai yang meliputi bidang pertahanan, tenaga, halal, STEM, penyelidikan, pendidikan, semikonduktor dan ekonomi biru.
Saifuddin yang juga menteri pengiring lawatan menambah, pelaksanaan MEV mencerminkan keberanian Malaysia dalam merintis pendekatan lebih mesra, inklusif dan progresif terhadap pengurusan pekerja asing.
“Ia disokong oleh kerjasama erat antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta pihak berkuasa Bangladesh,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

