Isu kebun haram: Mahu jadi pengantara, cadangan DAP bercanggah titah Sultan Pahang

Dari Penulis

CADANGAN DAP Pahang untuk menjadi pengantara dalam isu kebun durian haram disifatkan sebagai bercanggah dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Speaker Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad menegaskan, dalam titah baginda jelas menolak sebarang kelulusan baharu terhadap tanah yang telah diceroboh secara haram.

Menurutnya, prinsip menjunjung kedaulatan undang-undang perlu dihormati oleh semua pihak tanpa kompromi termasuk parti politik.

“Tidak perlu mana-mana pihak termasuk pemimpin politik menjadi ‘orang tengah’. Isu ini wajar diselesaikan mengikut undang-undang seperti yang dilakukan kerajaan negeri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau turut menyatakan bahawa pendekatan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah selari dengan titah diraja dan harus disokong.

Baca artikel lain: Lebih 2 juta penduduk Gaza kini tiada sumber pendapatan – WFP

“Isu ini sudah lama berlarutan. Sudah tiba masa ia dinoktahkan. Pencerobohan tanah ini perlu dihentikan sepenuhnya,” katanya lagi.

Tambah Ishak, titah tuanku dalam dewan undangan menyifatkan pencerobohan kebun durian haram sebagai ‘perompakan terbuka terhadap harta negeri’ dan semua pihak wajar menghormatinya.

Sebelum ini, DAP Pahang dalam satu kenyataan menyatakan hasrat untuk menjadi pengantara antara pekebun durian haram dengan kerajaan negeri khususnya di Raub dan Bentong.

Parti itu turut menyatakan komitmen untuk menjunjung titah tuanku sambil membuka ruang rundingan demi penyelesaian secara harmoni dan tersusun demi kepentingan negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This