MAJLIS Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) membincangkan cadangan untuk menggubal Akta Koperasi yang baharu.
Cadangan tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan, hari ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick memaklumkan, pihaknya sedang dalam proses menggubal suatu akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).
Menurut Ewon, sesi libat urus itu bertujuan mendapatkan input dan pandangan konstruktif daripada ahli-ahli majlis dalam usaha memperkemas Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi yang sedang digubal.
“Sehingga kini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan sebanyak 10 sesi libat urus dengan penyertaan 295 buah koperasi dan 47 agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas berkaitan RUU koperasi yang baharu.
“Selanjutnya, satu sesi libat urus dengan anggota pentadbiran dan Kerajaan Negeri Sabah akan diadakan pada 2 Mei akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan tawar diskaun hingga 50 peratus
Mengulas lanjut, Ewon berkata, penggubalan akta baharu itu bertujuan memperkasa gerakan koperasi negara dengan meliberalisasikan perundnagan sedia ada.
Kata beliau, ia juga bertujuan memperkukuh peranan SKM sebagai badan kawal selia utama koperasi.
Beliau memberitahu, memorandum Jemaah Menteri berhubung Penetapan Dasar Penggubalan Akta Koperasi Yang Baharu telah dibentangkan dan dipersetujui secara prinsip pada 8 Januari lalu.
“Dengan penggubalan akta koperasi yang baharu ini, KUSKOP optimis koperasi akan menjadi lebih responsif, dinamik dan berdaya saing.
“Ia juga dijangka dapat memudahkan urusan perniagaan koperasi dan mempertingkatkan tahap tadbir urus,” katanya.
Dalam pada itu, Ewon menjelaskan keperluan menggubal akta baharu itu mengambil kira dapatan dua kajian yang dilaksanakan pada tahun 2023 iaitu Kajian Perundangan Berkaitan Koperasi dan Kajian Kekangan Koperasi Sebagai Entiti Perniagaan Dalam Konteks Perundangan.
“Kedua-dua kajian ini meneliti perkara-perkara sedia ada yang perlu ditambah baik demi mewujudkan persekitaran perniagaan yang mampan dan lestari bagi ekosistem koperasi di samping memperkasa badan induk gerakan koperasi dan sistem penyampaiannya.
“Dapatan kajian mendapati terdapat perundangan yang mengekang koperasi untuk terlibat dalam sesuatu perniagaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

