Kerjasama PH-BN ‘formula terbaik’ majukan negara

Dari Penulis

KERJASAMA antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) disifatkan ‘formula terbaik’ bagi memajukan negara.

Pada masa sama, kerjasama kedua-dua gabungan itu sahaja dapat menstabilkan politik negara.

Memetik laporan BH Online, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, Anthony Loke menyifatkan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu lalu menunjukkan bahawa kerjasama kedua-dua parti itu sedang meningkat.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kerjasama baik antara parti dalam kerajaan adalah penting bagi memastikan kelangsungan pentadbiran yang baik.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada BN atas kejayaan mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning. Kemenangan ini bukan saja memberi mandat kepada calon BN, tetapi satu manifestasi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan kerana majoritinya meningkat satu kali ganda.

Baca artikel lain: Kerjasama padu  BN-PH pastikan  BN menang besar di Ayer Kuning

“Saya tidak faham apa dikatakan (pembangkang) kalau majoriti itu meningkat, dia kata itu kalah, undi berkurangan. Itu orang gagal matematik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kemenangan BN itu juga menjadi bukti bahawa rakyat menolak politik kebencian berteraskan fitnah.

BN mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning selepas calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, diumum menang dalam PRK berkenaan dengan majoriti lebih besar Sabtu lalu.

Beliau menang dengan majoriti 5,006 undi selepas memperoleh 11,065 dalam saingan tiga penjuru membabitkan wakil Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This