MALAYSIA dan Vietnam bersepakat menegaskan bahawa bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Myanmar perlu diteruskan tanpa sekatan.
Perkara itu dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Pham Minh Chinh, hari ini.
Menurut Anwar, beliau dan Minh Chinh telah pun membincangkan mengenai perkembangan terkini dan tindakan bersama ASEAN terhadap keadaan di Myanmar.
“Dalam hubungan itu, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, beliau dan Minh Chinh juga telah berbincang mengenai tarif perdagangan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS).
Baca artikel lain: Felda serah Pelan Strategik, Hala Tuju 2025-2030 kepada PM
Anwar berkata, beliau telah memaklumkan bahawa Malaysia telah menghantar wakil menerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam usaha mencapai penyelesaian yang saling menguntungkan kedua-dua negara.
Selaku Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri berkata, Malaysia memohon pertimbangan AS supaya negara-negara anggota ASEAN diberi ruang menggunakan mekanisme hubungan dua hala dalam mencapai penyelesaian yang baik bagi perkara tarif timbal balas itu.
“Malaysia komited untuk terus memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa berlandaskan prinsip saling menghormati, kerjasama dan kesejahteraan bersama.
“Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat di seluruh rantau,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

