Ramanan sumbang RM100,000 peralatan elektrik bantu mangsa banjir Sungai Buloh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AHLI Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R Ramanan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyampaikan bantuan berbentuk peralatan elektrik bernilai RM100,000 kepada penduduk yang terkesan dengan bencana banjir di kawasan Parlimen itu, baru-baru ini.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sebanyak 150 keluarga yang terkesan dengan banjir di Kampung Kubu Gajah dan Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat, Kampung Sungai Pelong menerima sumbangan ‘Prihatin Banjir Sungai Buloh’ itu.

Menurut beliau, sumbangan bantuan berbentuk peralatan elektrik seperti dapur gas, periuk nasi, pengisar, kipas, periuk dan kuali bagi menggantikan barangan yang telah rosak akibat bencana banjir, minggu lalu.

“Bagi Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat yang terjejas, saya turut menyerahkan bantuan seperti peti sejuk beku, pam air, sistem pembesar suara, dapur, rak besi dan tikar getah.

Baca artikel lain: Kerajaan MADANI perkasa usahawan India: EIP & SPUMI pacu ekonomi komuniti – Ramanan

“Sumbangan tersebut diberikan supaya pelajar di sana dapat meneruskan pengajian dalam suasana yang lebih selesa dan sejahtera.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Urusan AIM, Datuk Shamir Aziz dan barisan kepimpinan AIM atas kerjasama yang erat dan komitmen diberikan mereka bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dalam memastikan bantuan dapat disampaikan dengan cepat dan berkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan menegaskan, Kerajaan MADANI komited untuk terus membantu rakyat yang diuji dengan bencana di samping memastikan tiada golongan yang terpinggir dalam menerima bantuan.

“Ini bukan sekadar bantuan sahaja, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh akan terus komited membantu rakyat setiap masa, susah senang kita tetap bersama. Inilah semangat setiakawan prihatin di Sungai Buloh.

“Usaha berterusan akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja pemulihan dan memastikan bantuan sampai secara telus kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This