Duda anak tiga cuba rakam gambar aib pelajar sekolah ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG duda anak tiga yang disyaki cuba merakam gambar mengaibkan melibatkan seorang pelajar perempuan sekolah di sebuah pasar raya di Kajang, ditahan tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita penjawat awam berusia 42 tahun yang juga merupakan ibu kepada mangsa.

Katanya, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.30 malam, Khamis lalu dengan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut tular di media sosial.

Menurut beliau, kejadian berkenaan berlaku apabila pengadu dan anak perempuannya berumur 16 tahun sedang berada di kaunter pembayaran pasar raya tersebut.

Naazron berkata, pengadu kemudiannya mendakwa telah didatangi seorang lelaki yang cuba merakam gambar mengaibkan anaknya.

“Tindakan seorang lelaki tempatan yang berada di dalam pasar raya tersebut yang menegur suspek telah menggagalkan perbuatan berkenaan.

“Setelah ditegur, suspek menafikan perbuatannya dan terus beredar meninggalkan pasar raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan

Bertindak atas maklumat itu, Naazron memberitahu, pihaknya telah berjaya menahan suspek yang merupakan warga tempatan berusia 48 tahun pada pukul 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu merupakan seorang duda anak tiga.

“Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Lelaki tersebut direman selama satu hari bagi membantu siasatan.

“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Noriyati Binti Abdullah di talian 016-3516908.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This