Penandaan harga ubat: GP perlu ambil pendekatan profesional, berasaskan data

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PIHAK pengamal perubatan am (GP) perlu mengambil pendekatan berdasarkan fakta, kajian dan penjelasan saintifik berhubung inisiatif penandaan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Persatuan Pengguna dan Ekonomi Keluarga (MACFEA), Professor Dr Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali berkata, reaksi GP yang gagal memberikan justifikasi kukuh dan bersifat ilmiah amatlah mengecewakan serta tidak mencerminkan tahap profesionalisme yang sepatutnya dimiliki oleh golongan berkelayakan tinggi seperti mereka.

Menurut Nuradli Ridzwan Shah, sebarang kebimbangan mengenai implikasi pendedahan harga ubat seperti kesan kepada model perniagaan klinik swasta, variasi kos logistik dan perolehan, serta perbezaan formulasi ubat harus disampaikan secara telus, bertanggungjawab, dan dapat meyakinkan pihak kementerian serta rakyat Malaysia.

“Ketelusan dalam kos kesihatan adalah satu aspek penting dalam memastikan keadilan kepada pengguna. Kegagalan memberikan jawapan yang berasas hanya akan menimbulkan persepsi bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan, sekali gus menjejaskan keyakinan awam terhadap profesion perubatan itu sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Nuradli Ridzwan Shah berkata, MACFEA menyokong sepenuhnya usaha murni kerajaan yang berusaha untuk meningkatkan ketelusan harga dalam sektor perubatan swasta, selaras dengan prinsip yang menekankan kebertanggungjawaban, integriti dan keadilan sosial.

Katanya, langkah ke arah memaparkan harga ubat bukan sahaja membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bermaklumat, tetapi juga mengurangkan risiko manipulasi harga dan ketidaktelusan dalam kos rawatan.

“Kami percaya bahawa pengamal perubatan profesional mampu tampil dengan hujah yang bernas dan beretika — bukan hanya untuk mempertahankan kepentingan komuniti perubatan swasta sahaja, tetapi yang lebih penting, demi kesejahteraan dan hak pengguna seluruh negara,” katanya.

Semalam, KKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengumumkan pelaksanaan inisiatif penandaan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti bermula hari ini.

Menteri terbabit, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Armizan Mohd Ali dalam kenyataan bersama berkata, kerjasama ini sejajar dengan komitmen untuk melaksanakan agenda ketelusan harga melalui Mekanisme Ketelusan Harga Ubat (MKHU).

Jelas mereka, inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat mempunyai pilihan bermaklumat dengan mengetahui, membuat perbandingan dan memilih harga yang terbaik dalam merancang perbelanjaan ubat-ubatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This