RANG Undang-Undang Pekerja Gig akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata, RUU itu adalah bagi bagi meningkatkan perlindungan serta menyelesaikan isu kebajikan membabitkan golongan berkenaan.
Katanya, draf RUU yang sudah siap sedia untuk dibentang itu dibuat selepas sesi libat urus diadakan dengan lebih 3,000 pekerja.
“Untuk pekerja gig, kerajaan mendengar keluhan anda. Sudah bertahun-tahun diberi janji manis, kerajaan bersilih ganti tetapi hasrat pekerja gig untuk mendapatkan perlindungan perburuhan masih belum kesampaian.
“Namun, Kerajaan MADANI akhirnya sudah menyiapkan draf RUU Pekerja Gig. Jangan halang kerajaan bela nasib pekerja gig, berilah sokongan kerajaan bentangkan RUU Pekerja Gig pada sidang (Parlimen) akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Hari Pekerja 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.
Majlis sambutan itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Steven berkata, kadar pengangguran setakat Februari 2025 telah menurun kepada 3.1 peratus, kadar terendah dalam tempoh 10 tahun.
Beliau berkata, jumlah orang yang bekerja di Malaysia juga mencatatkan peningkatan iaitu dari 16.91 juta pada hujung 2023 kepada 17.3 orang pada hujung 2024.
“Selain itu, buat pertama kali dalam sejarah upah penengah bulanan rakyat sudah melepasi nilai ambang RM3,000, meningkat dari RM2,700 kepada RM3,045 sebulan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

