Kerajaan perkenalkan Kad Pekerja MADANI, beri diskaun dan kemudahan kepada pekerja

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan inisiatif Kad Pekerja MADANI untuk 1 juta ahli kesatuan pekerja di seluruh negara.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena sambutan Hari Pekerja 2025 di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Kad Pekerja MADANI itu memberi akses diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat yang menawarkan barangan keperluan dan perkhidmatan.

“Kad Pekerja MADANI untuk memberikan ruang kepada ahli kesatuan yang ada kad pekerja ini, diberi diskaun dalam kemudahan itu,” katanya. 

Turut sama hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kekurangan yang dihadapi oleh para pekerja gig akan cuba diselesaikan melalui Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor ditetap 11 Julai, PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 adalah pada hari Sabtu, 11...

More Articles Like This