Edika Yusof cerai isteri talak satu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BAHTERA pernikahan selama 22 tahun terlerai selepas pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahkamah merekodkan cerai talak satu itu dilafazkan oleh Edika atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58, ke atas Nor Hidayah, 47, pada jam 10.42 pagi di hadapan Hakim Syarie Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.

Edika melafazkan cerai itu selepas dia sekali lagi menyatakan pendiriannya untuk kekal melepaskan isterinya itu pada prosiding kali ketiga bagi permohonan cerai oleh Nor Hidayah terhadapnya.

Susulan lafaz itu, mahkamah kemudian mensabitkan telah berlaku penceraian talak satu, serta mengarahkan agar Nor Hidayah menjalani tempoh edah selama tiga kali suci bermula hari ini selain mengarahkan agar pasangan itu mendaftarkan penceraian mereka.

Ketika prosiding, Nor Hidayah dilihat menangis ketika dia bersalaman dengan suaminya buat kali terakhir sebelum Edika melafazkan cerai bagi melepaskannya.

Ketika ditemui pemberita, Edika berkata dia tidak pernah berputus asa dalam menyelamatkan perkahwinannnya bersama Nor Hidayah, namun akur sekiranya perpisahan ini mampu menggembirakan isterinya itu.

“Dia (Nor Hidayah) telah menghidap meningitis sejak 19 tahun lalu sehingga mengalami kelumpuhan tiga suku badannya. Saya menjaga dia sejak dia terlantar di katil.

“Jadi apa pun yang berlaku, saya akan tetap cuba menjadi sahabat yang baik untuknya dan demi anak-anak. Kalaulah ditakdirkan ada lagi jodoh, kita tidak tahu. Semuanya di tangan Allah. Kita hanya berusaha,” ujarnya.

Edika turut sekeras-kerasnya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa permohonan itu difailkan oleh Nor Hidayah ekoran berlaku keganasan rumah tangga sepanjang pernikahan mereka.

“Kalau berlaku keganasan rumah tangga, kenapa dia tidak melaporkan isu ini dari awal? Kenapa sekarang baru timbul isu ini? Saya menafikan sekeras-kerasnya sebab saya yang menjaga dia seperti bayi,” ujarnya.

Sementara itu Nor Hidayah berkata, keputusan ini terpaksa dilakukan kerana ia melibatkan hukum selain tiada niat untuk memburukkan atau mengaibkan bekas suaminya itu.

“Segala penafian daripada Edika berhubung apa yang telah bentangkan kepada mahkamah, saya ada bukti gambar, video dan rakaman suara. Saya ambil keputusan ini kerana hukum. 


“Edika mengaitkan saya mengalami masalah mental dalam membuat keputusan ini. Edika telah melafazkan cerai beberapa kali terhadap saya. Sudah tidak terkira. Oleh itu, keputusan ini adalah kerana hukum,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan Nor Hidayah telah memfailkan cerai terhadap suaminya itu pada pertengahan Februari lalu kerana sudah tiada lagi persefahaman antara mereka.

Perkara itu disahkan oleh Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang turut enggan memaklumkan pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak bila.

Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2004 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki...

More Articles Like This