Tarif: ASEAN tolak ambil tindak balas ke atas AS, pilih ke meja rundingan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

ASEAN senada dan bersetuju untuk tidak mengambil tindakan balas ke atas Amerika Syarikat (AS) tetapi memilih berbincang di meja rundingan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaku Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, beliau telah meneruskan perbincangan dengan semua rakan-rakan sejawatnya mulai 28 April lalu.

Jelasnya, rakan-rakan ASEAN juga telah menyatakan dukungan penuh kepada Malaysia untuk membentuk suara kolektif dan kebersamaan sebagai sebuah blok ekonomi yang besar dalam mengadakan rundingan bersama AS.

“ASEAN meliputi kekuatan ekonomi berjumlah 4 trilion dolar pada tahun 2024 dengan jumlah penduduk mencecah seramai 640 juta orang.

“Sebarang pendirian terhadap tarif Amerika Syarikat perlu diambil secara bersama sebagai sebuah blok ASEAN yang menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan strategik kita.

Baca artikel lain: Lelaki terjatuh dari dermaga bersama motosikal ditemukan lemas

“Ini selaras dengan semangat yang diungkapkan oleh Amartya Sen: Globalization is not a monologue. It must be a conversation among equals,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang membincangkan Persediaan Kerajaan Mengenai Dampak Pengumuman Pentadbiran Amerika Syarikat Berkenaan Tarif Timbal Balik Import Terhadap Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, AS bersetuju untuk berunding lebih lanjut dengan Malaysia dan terdapat kemungkinan untuk mengurangkan tarif timbal balik yang dikenakan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa perbincangan itu masih di peringkat awal dan usaha kini giat dijalankan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Sekali lagi ditegaskan bahawa proses ini masih berada pada peringkat awal, tanpa sebarang persetujuan dimuktamadkan oleh kedua-dua pihak.

“Selain daripada langkah segera yang telah diambil, kita harus mengatur langkah dalam berdepan dengan senario global semasa.

“Sehubungan itu, Kerajaan MADANI bercadang untuk mengatur strategi untuk memastikan kestabilan ekonomi serta mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This