KERAJAAN MADANI sentiasa bersikap terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak dalam usaha memperkukuh ekosistem dalam talian negara.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keprihatinan terhadap tingkah laku perniagaan dalam talian amat penting bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terpelihara.
“Ia juga memastikan persaingan yang adil dan sihat dalam ekonomi digital,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Baca artikel lain: Sidang Kemuncak ASEAN: Cadangan WFH, PdPR masih diteliti – Fahmi
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan telah menerima satu memorandum daripada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung di luar Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Fahmi, memorandum tersebut terkait cadangan satu mekanisme pemantauan tingkah laku perniagaan digital yang lebih bersepadu.
Cadangan berkenaan disuarakan Chean Chung berikutan perkembangan pesat platform media sosial dan e-dagang seperti WeChat, Xiaohongshu, Shopee Live dan TikTok Shop.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

