Cuti panjang kerana fokus isu berbangkit dalam pemilihan PKR – Rafizi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan tindakannya mengambil cuti panjang dari tugas rasminya di Kabinet adalah kerana mahu memberi tumpuan terhadap masalah yang timbul dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR memaklumkan telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bercuti dari tugas rasmi bagi memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.

Katanya, sebagai Timbalan Presiden, beliau membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara tersebut sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding tanpa mengira kumpulan. 

“Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri.

“Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan tindakan Rafizi yang didakwa mengambil cuti panjang tidak perlu dijadikan isu. 

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, cuti dimohon Ahli Parlimen Pandan itu hanyalah beberapa hari, bukan sehingga hujung bulan seperti dilaporkan media massa.

Mengulas lanjut mengenai kemelut dalam Pemilihan PRK 2025, Rafizi berkata, beliau telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sepanjang empat hari tempoh bercuti.

Katanya, MPP bertarikh 29 April lalu bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.

Menurut Rafizi, laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei.

“Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan. 

“Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit,” katanya.

Rafizi menambah, atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, beliau percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan itu boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.

Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, beliau menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This