SHOWCASE Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Wilayah Borneo 2025 yang diadakan sempena Program MADANI Rakyat 2025 Sabah membawakan sebanyak 120 produk unik dari seluruh negara dan dihimpunkan di Negeri di Bawah Bayu.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam kenyataan memaklumkan, showcase SDSI Wilayah Borneo itu berlangsung selama tiga hari hingga esok di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, Sabah.
Menurut KUSKOP, acara itu telah dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hari ini.
Kementerian itu memberitahu, kesemua 120 produk itu dibawa dengan kerjasama kerajaan dan agensi negeri-negeri.
“Produk-produk ini meliputi makanan dan minuman, hasil kraf, inap desa serta produk dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pengunjung.
“Pengunjung juga berpeluang menikmati aktiviti Jualan Murah MADANI yang turut melibatkan aktiviti jualan murah barangan runcit serta keperluan harian.
“Hampir 200 jenis barangan ditawarkan potongan harga sehingga 30 hingga 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: KUSKOP anjur Dialog Koperasi ASEAN di Kuala Lumpur minggu depan – Ewon
Selain pameran dan jualan tersebut, SDSI Wilayah Borneo turut menyelitkan beberapa program lain termasuk aktiviti padanan perniagaan (PADANIAGA) yang memberi ruang kepada usahawan untuk mengembangkan ke pasaran baharu.
KUSKOP memberitahu, program BIAYA Usahawan juga memberi akses kepada usahawan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan dengan institusi pembiayaan kerajaan dan swasta.
Ewon juga merasmikan peluncuran pelaksanaan Garis Panduan Program Satu Daerah Satu Industri 2.0 bertujuan memperkemas lagi gerak kerja pembangunan industri SDSI di seluruh negara.
“Beliau juga telah menyampaikan cek gura geran pembiayaan di bawah Fasa 3: Pembangunan Industri SDSI berjumlah RM1.5 juta di mana akan memberi manfaat kepada tujuh industri yang akan dibangunkan oleh pihak KUSKOP dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada tahun 2025.
“Selain itu, beliau juga turut menyampaikan bantuan pembiayaan menerusi geran dan pinjaman di bawah agensi KUSKOP dengan nilai pembiayaan keseluruhan berjumlah RM31.75 juta,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

