LIMA ’25 perlu beri penekanan pemerkasaan syarikat tempatan – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGANJURAN Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA ’25) pada 20 hingga 24 Mei ini perlu memberi penekanan kepada pemerkasaan syarikat tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat menembusi pasaran antarabangsa melalui inovasi.

Itu antara perkara yang ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dinyatakan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, hari ini.

Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri akan menghadiri LIMA ’25 selepas pulang daripada mengadakan lawatan rasmi ke Rusia pada 16 Mei ini.

Katanya, Perdana Menteri menekankan bahawa LIMA ’25 bukan sekadar pameran aset dan teknologi tetapi disifatkan medan strategik untuk membina kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan..

“Penganjuran ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi maritim dan aeroangkasa di peringkat serantau dan global.

“LIMA ’25 merupakan medan strategik untuk membina kerjasama antara kerajaan, industri dan institusi pendidikan dengan menghimpunkan pemain utama dalam sektor pertahanan dan penerbangan komersial termasuk dalam bidang MRO, IoT, satelit dan teknologi angkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia, hari ini.

Baca artikel lain: PM adakan lawatan rasmi ke Rusia mulai esok

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, LIMA juga akan memangkin pertumbuhan ekonomi dengan menarik pelaburan langsung asing dan merancakkan pelancongan serta perdagangan luar negara.

“Perdana Menteri mendoakan agar semua urusan persediaan berjalan lancar dan mengalu-alukan kehadiran pempamer, pelabur dan pelawat dari dalam serta luar negara untuk menjayakan LIMA ’25 sebagai antara edisi yang bermakna dalam sejarah penganjurannya, Insya-Allah,” katanya.

Penganjuran LIMA ’25 memasuki edisi ke-17 bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.

Pameran itu turut mengetengahkan kepentingan pemain-pemain industri untuk sentiasa berinovasi dan meningkatkan daya saing, seiring dengan perkembangan teknologi yang kian pesat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This