PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia selama empat hari mulai esok atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan, Anwar akan mengadakan lawatan ke Moscow hingga hari Khamis, 15 Mei, sebelum ke Kazan iaitu wilayah Tatarstan.
Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri akan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO), mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Rusia serta bertemu diaspora Malaysia semasa beliau berada di Moscow.
“Perdana Menteri juga akan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ‘KazanForum’ ke-16 atas jemputan Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.
“Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari KazanForum pada 16 Mei, menyampaikan ucapan di Mesyuarat Strategic Vision Group serta mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan,” katanya.
Baca artikel lain: Kerjasama antara PH, BN dan GRS perlu demi kestabilan politik nasional, negeri – PM Anwar
Beliau berkata demikian dalam sesi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia.
Ini merupakan lawatan kedua Perdana Menteri ke Rusia sejak memegang jawatan itu pada November 2022.
Pada September tahun lalu, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja dua hari ke bandar raya pelabuhan utama di wilayah Timur Jauh Rusia iaitu Vladivostok.
Beliau menghadiri Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) di samping menyampaikan ucapan pada sidang pleno acara tersebut.
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Putin bagi menyampaikan hasrat negara menyertai organisasi antara kerajaan BRICS kerana Rusia memegang jawatan Pengerusi BRICS.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

