SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap.
MCMC dalam kenyataan memberitahu, siasatan tersebut dijalankan susulan beberapa aduan yang diterima daripada orang awam.
Menurut MCMC, seorang individu telah dipanggil bagi dirakam percakapan di pejabat MCMC Terengganu, hari ini.
Katanya, sebuah telefon bimbit juga telah disita bagi membantu siasatan berkenaan.
“Individu-individu lain yang berkaitan akan turut dipanggil sekiranya perlu dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Baca artikel lain: Kesalahan Jalur Gemilang: Masih ramai tidak cakna, teliti terhadap bendera negara
Mengulas lanjut, MCMC menegaskan Jalur Gemilang merupakan simbol rasmi negara yang membawa nilai kedaulatan dan perpaduan.
Suruhanjaya itu menegaskan, penggunaan ilustrasi yang tidak tepat khususnya di platform dalam talian boleh menimbulkan kekeliruan serta menyentuh sensitiviti awam.
“Sehubungan dengan itu, MCMC menyeru semua pengguna media sosial agar lebih berwaspada dan bertanggungjawab dalam menghasilkan dan memuat naik kandungan khususnya dalam era teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) dan penjana kandungan digital.
“Amalan kawal selia kendiri dan semakan fakta yang teliti adalah amat penting bagi mengelakkan penyebaran kandungan yang mengelirukan atau berpotensi mengganggu keharmonian masyarakat.
“MCMC komited untuk bertindak tegas terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu,” katanya.
Isnin lalu, Pas Terengganu membuat permohonan maaf secara terbuka susulan isu Jalur Gemilang tanpa jumlah bucu yang lengkap dipaparkan pada logo Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025.
Pas Terengganu dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kesilapan itu merupakan kekhilafan teknikal yang tidak disengajakan.
Sehubungan itu, Pas Terengganu memberitahu, tindakan segera telah diambil untuk menarik balik penggunaan logo tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

