Lelaki pecah masuk kedai gajet dicekup, rakan masih bebas diburu

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

POLIS mengesahkan sudah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian memecah masuk sebuah kedai gajet di Seksyen 16, Shah Alam sehingga mengakibatkan kerugian RM60,000, bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian daripada pemilik premis terbabit sekitar jam 12.01 tengah hari, pada 7 April lepas.

Katanya, semasa pengadu sampai ke premis miliknya itu, dia menadapati terdapat kesan pecah masuk dan beberapa barangan elektronik dan gajet telah hilang dan disyaki dicuri.

“Pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), terdapat dua orang lelaki telah masuk ke premis milik pengadu memakai topi dan pelitup muka dan melarikan barangan milik pengadu.

“Kedua-dua suspek kemudian beredar menggunakan sebuah kereta jenis Honda City warna merah manggis dengan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, pihaknya berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun di sekitar Pudu, Kuala Lumpur pada jam 2 petang, Isnin lalu.

“Pihak polis masih dalam usaha mengesan soerang lagi suspek,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Beliau turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Fairuz Abdullah di talian 014-649 4430 atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202222.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This