Perdana Menteri suntik semangat skuad Harimau Malaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN sibuk dengan jadual padat seharian, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengadakan pertemuan dengan skuad Harimau Malaya yang kini dalam persiapan menghadapi Vietnam bagi perlawanan pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027, bulan depan.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut sempat menitipkan kata-kata semangat kepada seluruh pemain Harimau Malaya yang akan berjuang untuk negara.

“Usai Kongres Nasional Keadilan, saya berkesempatan bertemu skuad Harimau Malaya yang kini sedang menjalani latihan di Johor Bahru.

“Saya titipkan kata-kata semangat kepada mereka yang bakal menghadapi perlawanan penting dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027 menentang Vietnam, bulan depan.

Baca artikel lain: Cklamovski jelaskan Harimau Malaya berlatih di Johor, lawan di KL

“Seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang kalian, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya dalam hantaran tersebut.

Aksi berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah perlawanan kedua Harimau Malaya dalam Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 selepas menundukkan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, 25 Mac lalu.

Sebelum menentang Vietnam, skuad kendalian Peter Cklamovski terlebih dahulu akan melalui persahabatan antarabangsa berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 29 Mei ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This