MALAYSIA, Singapura dan Vietnam memahat sejarah menerusi pemeteraian Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) bagi meneroka potensi eksport tenaga elektrik boleh diperbaharui.
JDA itu bagi eksport tenaga elektrik boleh diperbaharui dari sumber tenaga angin luar pesisir antara ketiga-tiga negara.
Majlis bersejarah itu telah disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong dan Pham Minh Chinh dari Vietnam di sela-sela Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46, hari ini.
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pertukaran JDA itu melibatkan MY Energy Consortium dari Malaysia iaitu gabungan syarikat utiliti nasional, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas dengan anak syarikat Petrovietnam iaitu PTSC serta Sembcorp Utilities dari Singapura.
Baca artikel lain: AIPA perlu jadi rakan utama jayakan agenda pembinaan komunti ASEAN – PM
“Projek ini memberi tumpuan kepada pemanfaatan sumber tenaga angin luar pesisir Vietnam bagi menjana elektrik bersih yang akan disalurkan merentasi sempadan melalui kabel dasar laut yang dicadangkan dan disambungkan ke grid nasional di Semenanjung Malaysia,” katanya dalam hantaran tersebut.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, inisiatif itu sejajar dengan visi Grid Kuasa ASEAN dan menyokong agenda nyahkarbon serantau.
Katanya, ia bertujuan menyediakan bekalan elektrik yang stabil, rendah karbon serta memperkukuh kerjasama tenaga serantau dan membangunkan model perdagangan tenaga boleh diperbaharui rentas sempadan yang berskala.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia komited untuk terus memacu pertumbuhan mampan, memperkukuh integrasi serantau dan membina masa depan rendah karbon untuk seluruh rantau ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

